Badminton Legends

Badminton Legends
Sebagai peminat sukan, badminton adalah salah satu permainan utama saya selain bola sepak. Saya begitu mengikuti perkembangan badminton kebangsaan dan antarabangsa. Pada ketika itu terdapat 4 pertandingan yang paling penting dalam acara individu antaranya ialah All England, kejohanan Dunia, Piala Dunia dan Grand Prix. All England, Terbuka Indonesia, Trerbuka Malaysia, Terbuka Denmark dan Terbuka Jepun dinaggap sebagai Grand Slam dalam badminton. Badminton era 80'an kemunculan semula Malaysia sebagai salah sebuah kuasa dunia dengan kemunculan keluarga Sidek iaitu Misbun, Razif, Jalani dan Rashid(penghujung 80'an). Sebelum itu badminton Malaysia menemui jalan yang malap selepas era P.Gunalan, Tan Aik Khuang, Ng Boon Bee. Zaman gelap itu dianggotai oleh pemain seperti Saw Swee Leong, Phua Ah Hua, James Selvaraj, Suffian Abu Bakar. kekalahan paling memalukan ialah apabila tewas kepada India 4-5 dalam Piala Thomas lewat 70'an (Prakasah Padukone menyumbang 4 dari 5 kemenangan India). Apabila Misbun mula mencipta nama dan menumbangkan beberapa jaguh dunia seperti Morten Frost, Prakash Padukone, Han Jian maka bermulalah zaman kecemerlangan Malaysia. Ditambah dengan kemunculan Razif/Jalani yang berada dalam 3 kelompok beregu terbaik dunia ketika itu dan kemenangan di All England tahun 1981.

Friday, 9 May 2014

King ' The Handsome Jumping Smasher'

Indonesia tidak lama mencari pengganti iconnya Rudy Hartono apabila Liem Swee King, pemuda dari Kudus, Indonesia sudah bergelar johan Jawa Tengah seawal usia 15 tahun,
Dikenali dengan permainan agresif dan jumping smash yang kencang. 1974 Sukan Asia Tehran, ketika berusia 18 tahun beliau diberi tanggungjawab menggalas tanggunjawab sebagai pemain utama menggantikan Rudy yang cedera dan berpeluang menentang jagoan China, Hou Jiachang. Walaupun tewas tetapi itulah detik permulaan karier gemilang King. Bermula 1976-81 beliau melangkah ke final All England dan memenangi 3 daripadanya.King turut membantu Indonesia merangkul Piala Thomas 1976,1979 apabila menewaskan 2 pemain single handalan China Han Jian dan Luan Jin dan 1984.
Disamping bermain single, King juga pemain beregu yang hebat berpasangan dengan Kartono mereka memenangi gangsa dalam Kejohanan Dunia 1985, Karier badminton King bertahan sehingga 1986 ketika berusia 30 tahun dan merupakan salah seorang lagenda badminton dunia.
Saya senaraikan King No.2 pemain terbaik 70,an di belakang Rudy Hartono dan no.2 pemain terhebat 80'an di belakang Morten Frost
Liem Swee King terkenal dengan jumping smash
Swee King bersama Rudy Hartono ketika memenangi Kejuaraan All England 1978

No comments:

Post a Comment