Badminton Legends

Badminton Legends
Sebagai peminat sukan, badminton adalah salah satu permainan utama saya selain bola sepak. Saya begitu mengikuti perkembangan badminton kebangsaan dan antarabangsa. Pada ketika itu terdapat 4 pertandingan yang paling penting dalam acara individu antaranya ialah All England, kejohanan Dunia, Piala Dunia dan Grand Prix. All England, Terbuka Indonesia, Trerbuka Malaysia, Terbuka Denmark dan Terbuka Jepun dinaggap sebagai Grand Slam dalam badminton. Badminton era 80'an kemunculan semula Malaysia sebagai salah sebuah kuasa dunia dengan kemunculan keluarga Sidek iaitu Misbun, Razif, Jalani dan Rashid(penghujung 80'an). Sebelum itu badminton Malaysia menemui jalan yang malap selepas era P.Gunalan, Tan Aik Khuang, Ng Boon Bee. Zaman gelap itu dianggotai oleh pemain seperti Saw Swee Leong, Phua Ah Hua, James Selvaraj, Suffian Abu Bakar. kekalahan paling memalukan ialah apabila tewas kepada India 4-5 dalam Piala Thomas lewat 70'an (Prakasah Padukone menyumbang 4 dari 5 kemenangan India). Apabila Misbun mula mencipta nama dan menumbangkan beberapa jaguh dunia seperti Morten Frost, Prakash Padukone, Han Jian maka bermulalah zaman kecemerlangan Malaysia. Ditambah dengan kemunculan Razif/Jalani yang berada dalam 3 kelompok beregu terbaik dunia ketika itu dan kemenangan di All England tahun 1981.

Wednesday, 7 May 2014

Lagenda Badminton

Badminton moden pada peringkat awal dikuasai oleh Amerika Syarikat dan England. Pemain Ameria dan England menguasai kejohanan termasyur All England yang paling unggul pada ketika itu.  Hinggala apabila Piala Thomas dipertandingkan muncullah pemain handalan dari Asia Terutama Malaya dengan pemainnya seperti Wong Peng Soon, Eddy Choong, Ooi Teik Hock, Tang Aik Khuang.  Peng Soon merupakan pemain Asia pertama yang menjuarai All England pada tahun 1950 seterusnya tahun 1951,52 dan 1955. Eddy Choong turut memenangi gelaran All England sebanyak 4 kali bermula 1953-57.
Malaya juga menggunguli kejohanan Piala Thomas dengan memenangi 7 edisi bermula 1949-1973.
Erland Kops 7 kali Johan All England dari 1930-1950

Wong Peng Soon 4 kali Johan All England dari 1949-1955

Eddy Choong 4 kali Johan All England 1953-57
Kemunculan Indonesia dalam arena badminton telah menggugat keunggulan Malaya. Jaguh-jaguh Indonesia seperti Ferry Soneville dan Muljadi telah memonopoli All England sebanyak 3 kali bermula 1957-1967.
Ferry Sonneville
Kehebatan Ferry diteruskan oleh seorang pemain muda bernama Rudy Hartono yang kemudian dianggap antara lagenda terulung badminton dunia. Hartono memenangi kejuaraan sulung All England pada usia 19 tahun dan menjuarai kejohanan berprestij tersebut 7 kali berturut-turut sehingga tahun 1974. Pada tahun 1980 Hartono memenangi Kejuaraan teakhir iaitu Kejohanan Dunia dengan menewaskan rakannya Liem Swee King.
Rudy Hartono memenangi gelaran All England 7 kali berturut-turut mulai 1968

Rudy Hartono lagenda badminton dunia
Penyertaan China dan Kemunculan Kuasa Badminton Baru Dunia
Indonesia mengguguli badminton dunia sehinggalah China menyertai WBF pada tahun 1973. China sebelum itu tidak menyertai WBF atas alasan politik. China sebelum itu diberitakan mempunyai pemain-pemain hebat seperti Tang Xianghu 'The Thing' dan Hou Jiachang yang dikatakan lebih hebat dari Rudy Hartono atau Ferry Soneville. Dunia tertunggu-tunggu pertemuan dua gergasi dunia ini dan beberapa perlawanan persahabatan telah diatur untuk menemukan Indonesia vs China.
Perlawanan persahabatan diatur tetapi ia tidak menemukan Rudy Hartono dengan The Thing atau Jiachang, Masing-masing cuba mengelak satu sama lain. Tetapi China dikatakan mempunyai kelebihan kerana dikatakan mempunyai ramai pemain yang boleh mengalahkan Rudy Hartono, Bahkan dalam satu perlawanan, pemain no.5 China Yu Yao Thung telah mengalahkan Hartono dalam satu perlawanan persahabatan.

Tang Xianghu 'The Thing' Pemain Terhebat Sepanjang Zaman ?
Xianghu dikatakan tidak pernah tewas pada mana-mana pemain luar sepanjang kariernya dan mengguli badminton China sejak 1960-74. Dia mengalahkan dengan mudah pemain-pemain Eropah tetapi pertemuan yang ditunggu antara beliau dengan Rudy Hartono tidak kesampaian sehinggalah kedua-duanya bersara.

Tang Xianghu 'The Thing' pemain terhebat sepanjang zaman

Xianghu (kiri) bersama Hou Jiachang(kanan)

Tang Xianghu bersama anak didiknya, Lin Dan


No comments:

Post a Comment