Badminton Legends

Badminton Legends
Sebagai peminat sukan, badminton adalah salah satu permainan utama saya selain bola sepak. Saya begitu mengikuti perkembangan badminton kebangsaan dan antarabangsa. Pada ketika itu terdapat 4 pertandingan yang paling penting dalam acara individu antaranya ialah All England, kejohanan Dunia, Piala Dunia dan Grand Prix. All England, Terbuka Indonesia, Trerbuka Malaysia, Terbuka Denmark dan Terbuka Jepun dinaggap sebagai Grand Slam dalam badminton. Badminton era 80'an kemunculan semula Malaysia sebagai salah sebuah kuasa dunia dengan kemunculan keluarga Sidek iaitu Misbun, Razif, Jalani dan Rashid(penghujung 80'an). Sebelum itu badminton Malaysia menemui jalan yang malap selepas era P.Gunalan, Tan Aik Khuang, Ng Boon Bee. Zaman gelap itu dianggotai oleh pemain seperti Saw Swee Leong, Phua Ah Hua, James Selvaraj, Suffian Abu Bakar. kekalahan paling memalukan ialah apabila tewas kepada India 4-5 dalam Piala Thomas lewat 70'an (Prakasah Padukone menyumbang 4 dari 5 kemenangan India). Apabila Misbun mula mencipta nama dan menumbangkan beberapa jaguh dunia seperti Morten Frost, Prakash Padukone, Han Jian maka bermulalah zaman kecemerlangan Malaysia. Ditambah dengan kemunculan Razif/Jalani yang berada dalam 3 kelompok beregu terbaik dunia ketika itu dan kemenangan di All England tahun 1981.

Friday, 9 May 2014

Svend Pri 'Mat Salleh Tua Yang Cekal'

Svend Pri dengan ketinggian 5'8 adalah pemain utama Denmark era 60 dan 70'an. Pri cuba untuk memecahkan dominasi Indonesia dan malaysia dalam badminton dunia. Setelah dua kali mencuba dalam All England 1970,72 tetapi gagal kepada Rudy Hartono, akhirnya dalam usia 30 tahun beliau akhirnya berjaya mendakap gelaran All England dengan menewaskan musuh ketatnya Rudy Hartono yang sekaligus menamatkan penguasaan Hartono dalam All England 7 tahun berturut-turut.Mengenai Svend Pri, Rudy Hartono menyatakan

"During my heyday, my main rival was Svend Pri of Denmark. He ended my winning streak in the All-England. The biggest disappointment was at the 1973 Thomas Cup on home ground. Indonesia defeated Denmark 8-1. Unfortunately, the only defeat was mine. I lost to Svend. It was heart-wrenching,” he recalled.
Pri juga layak ke akhir kejohanan dunia 1977 tetapi tewas kepada rakannya yang lebih muda Flemming Delfs. Svend Pri turut mengetuai Denmark dalam Piala Thomas 1979 tapi  tewas kepada Indonesia di final.


Svend Pri(kiri) dan Flemming Delfs
Svend Pri lagenda badminton Denmark

No comments:

Post a Comment