Badminton Legends

Badminton Legends
Sebagai peminat sukan, badminton adalah salah satu permainan utama saya selain bola sepak. Saya begitu mengikuti perkembangan badminton kebangsaan dan antarabangsa. Pada ketika itu terdapat 4 pertandingan yang paling penting dalam acara individu antaranya ialah All England, kejohanan Dunia, Piala Dunia dan Grand Prix. All England, Terbuka Indonesia, Trerbuka Malaysia, Terbuka Denmark dan Terbuka Jepun dinaggap sebagai Grand Slam dalam badminton. Badminton era 80'an kemunculan semula Malaysia sebagai salah sebuah kuasa dunia dengan kemunculan keluarga Sidek iaitu Misbun, Razif, Jalani dan Rashid(penghujung 80'an). Sebelum itu badminton Malaysia menemui jalan yang malap selepas era P.Gunalan, Tan Aik Khuang, Ng Boon Bee. Zaman gelap itu dianggotai oleh pemain seperti Saw Swee Leong, Phua Ah Hua, James Selvaraj, Suffian Abu Bakar. kekalahan paling memalukan ialah apabila tewas kepada India 4-5 dalam Piala Thomas lewat 70'an (Prakasah Padukone menyumbang 4 dari 5 kemenangan India). Apabila Misbun mula mencipta nama dan menumbangkan beberapa jaguh dunia seperti Morten Frost, Prakash Padukone, Han Jian maka bermulalah zaman kecemerlangan Malaysia. Ditambah dengan kemunculan Razif/Jalani yang berada dalam 3 kelompok beregu terbaik dunia ketika itu dan kemenangan di All England tahun 1981.

Tuesday, 6 May 2014

Sejarah Perkembangan Badminton



Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]
Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.[5]
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.[6]

                 

Badmintoan dimainkan oleh golongan elit di England pada awal 1900













Founding of the BAE and Codification of the Rules
During the earlier years of the sport, badminton was played under a variety of conditions- courts of different dimensions, shuttlecocks and rackets of many designs, even many different sets of rules defining the basic game. The pre-BAE years of 1873 thru 1893 have been researched by Dave Jacobs and posted on his web site.  This era ended in 1893 with the founding of the Badminton Association of England and the accompanying codification of the rules. This was accomplished largely thru the efforts of Colonel S.S.C. Dolby , A.P.D who had been playing badminton for more than 20 years and clearly understood the need to standardize the sport. Colonel Dolby's residence , "Dunbar" is recognized as the official birth place of the Badminton Association of England.

Sydney Howard Pemenang Pertama Kejohanan All England 1900

Bluebird - Saya pernah menggunakan raket ini pada tahun 1970'an
Raket Dunlop with frame - digunakan pada tahun 50'an
Raket Carlton made in England yang popular pada lewat 70'an
 
Antara raket-raket awal badminton digunakan


No comments:

Post a Comment