Badminton Legends

Badminton Legends
Sebagai peminat sukan, badminton adalah salah satu permainan utama saya selain bola sepak. Saya begitu mengikuti perkembangan badminton kebangsaan dan antarabangsa. Pada ketika itu terdapat 4 pertandingan yang paling penting dalam acara individu antaranya ialah All England, kejohanan Dunia, Piala Dunia dan Grand Prix. All England, Terbuka Indonesia, Trerbuka Malaysia, Terbuka Denmark dan Terbuka Jepun dinaggap sebagai Grand Slam dalam badminton. Badminton era 80'an kemunculan semula Malaysia sebagai salah sebuah kuasa dunia dengan kemunculan keluarga Sidek iaitu Misbun, Razif, Jalani dan Rashid(penghujung 80'an). Sebelum itu badminton Malaysia menemui jalan yang malap selepas era P.Gunalan, Tan Aik Khuang, Ng Boon Bee. Zaman gelap itu dianggotai oleh pemain seperti Saw Swee Leong, Phua Ah Hua, James Selvaraj, Suffian Abu Bakar. kekalahan paling memalukan ialah apabila tewas kepada India 4-5 dalam Piala Thomas lewat 70'an (Prakasah Padukone menyumbang 4 dari 5 kemenangan India). Apabila Misbun mula mencipta nama dan menumbangkan beberapa jaguh dunia seperti Morten Frost, Prakash Padukone, Han Jian maka bermulalah zaman kecemerlangan Malaysia. Ditambah dengan kemunculan Razif/Jalani yang berada dalam 3 kelompok beregu terbaik dunia ketika itu dan kemenangan di All England tahun 1981.

Wednesday, 14 May 2014

Si Kurus dari Banting Juara Melayu Pertama

Zaman gelap badminton Malaysia mula nampak sinar apabila muncul anak muda kurus tinggi dari anting yang bernama Misbun Sidek. Misbun lahir 1960 dan adalah salah seorang pemain terbaik dalan era 80'an yang mempunyai ramai jaguh yang hebat seperti Morten Frost, Liem swee King, Han Jian, Zhao Jianhua, Yang yang, Icuk Sugiarto dan lain-lain.Mula menunjukkan bakat pada usia 18 tahun dan muncul sebagai juara kebangsaan pada 1979. Misbun yang mulanya dianggap sepi mula menggegar dunia badminton apabila memenangi Terbuka Jerman 1981. Tahun berikutnya dia mengalahkan jaguh Indonesia Icuk Sugiarto untuk bergelar juara di terbuka Sweden.
Walaupun gagal untuk meraih kejuaraan utama dunia, Misbun dianggap sebagai "The Giant Killer" kerana pernah mengalahkan hampir semua jaguh dunia pada zamannya. Dengan personaliti dan ragam serta kontroversi yang pelbagai, Misun telah menambahkan warna suka duka dan kegembiraan dalam badminton negara yang pudar sebelum itu. Ditambah pula dengan kehadiran adik-adiknya beradiknya yang bersaing sebagai pasangan bergu utama dunia pada ketika itu, era 80'an merupakan detik yang membanggakan buat badminton negara.


1981
German Open bt Syed Modi 18-17, 15-10


1982
Swedish Open bt Icuk Sugiarto 9-15, 18-14, 15-13


1983
Swedish Open bt Morten Frost 9-15, 15-10, 15-13






1983
Canadian Open bt Jens Peter Nierhoff 15-6, 11-15, 15-12


1985
Malaysia Open bt Michael Kjeldsen 18-16, 15-3


1987
Chinese Taipei Open bt Park Joo Bong 5-15, 15-9, 15-3






1987
Singapore Open bt Eddy Kurniawan 15-13, 15-8



[Runners-up (4)




1982
World Cup Lost Liem Swie King
12-15, 15-3, 12-15

1986
All England Lost Morten Frost
2-15, 8-15

1986
Malaysian Open Lost Zhao Jianhua
10-15, 13-15

1986
China Open Lost Icuk Sugiarto 11-15, 13-15




Misbun dengan rambut warna blonde tengah

Sebagai jurulatih Lee Chong Wei

Misbun rambut mohican

Keluarag Sidek yang mewarnai badminton Malaysia

 
Perlawanan klasik Piala Final Piala Dunia 1982 rubber set antara Misbun vs Liem Swee King.
Misbun mendahului set ketga dengan 10-1, tetapi entah apa berlaku nafasnya tertsesak dan tewas 12-15

No comments:

Post a Comment