Sebelum China menyertai WBF, ramai yang tidak tahu akan kekuata sebenar China. Apabila beberapa perlawanan persahabatan diatur antara China-Eropah, China-Indonesia maka dunia mula meenyedari bahawa China mempunyai jaguh badminton yang dapat menandingi dominasi Indonesia.
Tang Xianghu lahir di Indonesia pqdq 1942 dan merupakan pemain muda berpotensi ketika itu. Beliau kembali China dan merupakan pemain terbaik China pada 1963.
Xianghu dikatakan tidak pernah
tewas pada mana-mana pemain luar sepanjang kariernya dan mengguli badminton
China sejak 1960-74. Dia mengalahkan dengan mudah pemain-pemain Eropah tetapi pertemuan
yang ditunggu antara beliau dengan Rudy Hartono tidak kesampaian sehinggalah
kedua-duanya bersara.
Selepas bersara dari arena badminton Xianghu menjadi jurulatih dan pernah melatih pemain seperti Hendrawan, Xia Xuanze, Jia Xinpeng dan yang terakhir Lin Dan. Pemain handalan Indonesia, Taufik Hidayat menyatakan antara keralatanya dalan karier badminton ialah kerana tidak mendapat tunjuk ajar dari 'The Thing'
Tang Xianghu
Birthplace : Kemuning, Indonesia
DOB : 1942
Major Achievement : Juara Seluruh China 1963-1974
Tidak pernah tewas pada mana-mana pemain luar China sepanjang kariernya
Tang Xianhu (kiri) dan Hou Jianchang (kanan) |
Tang Xianghu dan anak didiknya Lin Dan |
No comments:
Post a Comment